ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS terima penarafan 5-bintang MyMAP MIROS

Berita Tempatan

Views

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini mengumumkan dua model daripada Modenas, iaitu Ninja 250 ABS dan Z250 ABS berjaya menerima penarafan 5-bintang dalam Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

Proses penarafan dan audit telah pun dijalankan di kompleks Modenas, Gurun, Kedah. Hasil pengauditan yang meliputi proses pemasangan dan pengujian menunjukkan bahawa, prestasi keselamatan kedua-dua model ini cemerlang berdasarkan semua kriteria utama MyMAP.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kedua-dua model tersebut telah memperoleh markah yang sama tinggi berdasarkan skim pemarkahan yang telah ditetapkan di bawah MyMAP.

Antara faktor-faktornya adalah pematuhan kepada peraturan United Nations (UN), dilengkapi brek ABS dwi-saluran dan program sokongan oleh Modenas kepada penunggang motosikal menerusi latihan penunggangan secara digital serta maklumat penunggangan motosikal yang selamat melalui risalah yang diberikan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Penglibatan Modenas dalam program penarafan bintang MyMAP ini menunjukkan tanda sokongan dan komitmen mereka ke arah menghasilkan motosikal yang lebih berkualiti dan selamat untuk ditunggang.

Ini juga mampu menggalakkan jenama-jenama lain untuk turut serta dalam program ini bagi menghasilkan motosikal yang selamat, khususnya teknologi-teknologi keselamatan aktif motosikal yang baharu dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan motosikal di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply