ARKIB

KATEGORI

Buletin

Struktur baharu cukai jalan EV bakal diumum hujung tahun ini – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti dan merangka struktur baharu cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV), kata menterinya Anthony Loke.

Menurut TheSunDaily, beliau berkata pengumuman mengenai struktur baharu itu dijangka diumumkan hujung tahun ini, selain diberikan perhatian utama dalam inti pati Belanjawan 2024 bagi kementerian itu.

Beliau berkata penstrukturan baharu cukai jalan kenderaan berkenaan penting kerana kerajaan terdahulu hanya memberikan tempoh pengecualian cukai jalan EV sehingga 2025.

Kata beliau, rata-rata pengguna bimbang dengan struktur cukai jalan bagi EV kerana kalau mengikut formula lama (cukai jalan EV) impak kosnya tinggi dan boleh mencecah RM4,000 hingga RM5,000 setahun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau juga sudah mengarahkan pegawai-pegawai di MOT bagi untuk meneliti hal ini hasil maklum balas syarikat penyedia EV dan pengguna.

Ini juga usaha pihaknya untuk menggalakkan peralihan kepada penggunaan kenderaan itu. Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mobiliti Hijau dan Pengangkutan, di Kuala Lumpur siang tadi.

Loke berkata, dasar mengenai penggunaan EV perlu jelas agar usaha kepada pertukaran mod pengangkutan yang lebih mampan dapat dilakukan.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang menyasarkan negara mencapai 15 peratus penggunaan EV dan kenderaan hibrid pada tahun ini dengan penyediaan 10,000 unit fasiliti pengecasan menjelang 2025.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain itu, beliau berkata MOT bukan sahaja melihat kepada penerapan konsep mobiliti mampan bagi kenderaan darat, bahkan bagi pengangkutan udara dan maritim.

Konsep penggunaan bahan bakar yang mampan juga telah mula menjadi pilihan dalam bidang penerbangan dan ini juga perkara menjadi perhatian MOT lebih-lebih lagi pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).

Sementara itu, dalam ucaptamanya semasa forum berkenaan, Loke berkata Malaysia akan terus menjalin kerjasama dengan Sweden untuk membolehkan kedua-dua negara belajar dan bekerjasama dalam inisiatif menggalakkan mod pengangkutan mampan.

Pihaknya boleh memanfaatkan amalan terbaik dan kepakaran Sweden dalam penggunaan EV, infrastruktur pengecasan dan sistem trafik pintar, antara lain untuk mempercepatkan peralihan kepada e-mobiliti di Malaysia.

Beliau percaya kerjasama adalah kunci untuk menyelesaikan cabaran ini dan saya gembira melihat kedua-dua negara memperkukuh hubungan kita dalam sektor pengangkutan, khususnya dalam peralihan hijau, sebagai tambahan kepada perkongsian sebelum ini dalam keselamatan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply