ARKIB

KATEGORI

Buletin

Formasi 234 buah kereta bentuk ‘Jalur Gemilang terbesar’ catat rekod MBOR

Berita Tempatan

Views

Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang baik dalam menanam semangat patriotik khususnya dalam kalangan masyarakat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Mungkin di kawasan lain, orang ramai berarak serta mengibar bendera Malaysia, namun inisiatif seperti ini merupakan satu keunikan apabila peminat kenderaan berkumpul dan menghasilkan formasi berbentuk Jalur Gemilang.

Sebanyak 234 buah kenderaan menyertai program ini, melibatkan kenderaan berwarna merah, putih, kuning dan biru. Ini satu inisiatif baik apatah lagi turut dicatatkan dalam MBOR,” katanya selepas menghadiri program tersebut di Sireh Park, di sini hari ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Rekod tersebut diserahkan wakil MBOR, Edwin Yeoh kepada Ketua Pegawai Eksekutif Haos Ek?, Anis Permin. Sementara itu, Anis memberitahu, program itu bertujuan menggalakkan penyertaan orang awam dalam memupuk semangat kenegaraan.

Jelasnya, usaha ini juga sebagai tanda komitmen mereka dalam membawa nama syarikat dan juga negara ke tahap lebih tinggi, ke peringkat antarabangsa. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply