ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Ujian Proton terima akreditasi ISO/IEC 17025:2017

Berita Tempatan

Views

Pusat Ujian Proton di Shah Alam telah menerima pengiktirafan akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia.

Sijil akreditasi telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shaharul Sadri Alwi kepada Pengarah Kejuruteraan, Hazrin Fazail Haroon yang mewakili Proton.

MS ISO/IEC 17025:2017 ialah piawaian yang mengukur kecekapan makmal ujian dan penentukuran. Piawaian ini digunakan oleh makmal ujian dan penentukuran bagi membangunkan sistem pengurusan kualiti dan untuk menilai kecekapan mereka sendiri.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Aspek pensijilan terdiri daripada mengukur dan memastikan keputusan ujian memenuhi tahap yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Keperluan dokumentasi untuk dipatuhi pula merangkumi manual kualiti, prosedur operasi standard, aliran arahan kerja dan beberapa kriteria lain.

Memandangkan ISO 17025 ialah pentauliahan standard yang diiktiraf di peringkat global, ia bukan sahaja membuktikan kebolehpercayaan keputusan serta integriti, kecekapan, dan kualiti keseluruhan Pusat Ujian Proton.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Akreditasi ini juga membolehkan kemudahan itu memenuhi keperluan ujian untuk kenderaan yang dibangunkan bersama dengan rakan kongsinya, Geely.

Hazrin Fazail Haroon berkata, akreditasi ini adalah pengiktirafan atas kerja yang dijalankan pasukan kejuruteraan dan ujian di Proton untuk meningkatkan tahap keupayaan teknikal mereka supaya sejajar dengan Geely.

Ia juga membolehkan Proton mengurangkan kos pembangunan produk kerana tidak perlu lagi menghantar komponen untuk diuji ke luar negara, serta membantu menguruskan garis masa pembangunan model dengan lebih baik.

Dengan akreditasi ini juga, pusat ujian tersebut telah memenuhi kedua-dua keperluan kecekapan teknikal dan keperluan sistem pengurusan yang diperlukan untuknya menyampaikan keputusan ujian secara konsisten dan penentukuran yang sah secara teknikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply