ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mula siar siri video promo ringkas X50

Berita Tempatan

Views
PROTON X50 – Powerful Performance

Menjelang pelancaran rasminya yang akan dibuat secara maya beberapa hari sahaja lagi, Proton boleh dikatakan hampir setiap hari menyiarkan beberapa siri video promo ringkas yang menampilkan beberapa ciri menarik pada model terbaharunya, X50. Ia telah mula disiarkan menerusi laman YouTube rasmi mereka sejak kelmarin.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

PROTON X50 – Stylish Design

Ia bermula dengan video yang memaparkan reka bentuk model tersebut yang menampilkan kemasan luaran dan dalaman kombinasi dwitona dan rim aloi 18 inci. Kemudian, sejak semalam video promo kedua pula memaparkan prestasi model tersebut yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter TGDi, transmisi 7-kelajuan Dwi Cekam dengan mod penukaran gear secara manual dan aksi SUV tersebut di litar Sepang semasa sesi media tempoh hari.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

PROTON X50 – Outstanding Safety

Yang terkini, sejak pagi tadi Proton mula menyiarkan video promo ketiga X50 yang menampilkan beberapa ciri keselamatan, antaranya bantuan kekal lorong, brek kecemasan autonomi dan bantuan parkir automatik. Model ini akan ditawarkan dengan empat pilihan varian yang terdiri dari varian StandardExecutivePremium dan Flagship.

Enam warna boleh dipilih antaranya Snow WhiteJet GreyArmour SilverOcean BluePassion Red dan Citrus Orange serta kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship). Harga untuk untuk model ini hanya akan diumumkan pada 27 Oktober ini. Tonton siaran langsung pelancaran X50 menerusi laman Facebook Proton Cars bermula jam 10.50 pagi hari Selasa ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply