ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini kapcai bawah 70cc paling afdal untuk remaja 16 hingga 20 tahun – SYM Galaxy 50!

Berita Global

Views
SYM 50CC - HƠN CẢ MỘT PHONG CÁCH

Sekiranya cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu yang hanya membenarkan remaja berusia 16 hingga 20 tahun menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025 menjadi kenyataan, mungkin ini salah satu model yang boleh dipertimbangkan untuk dijual ke pasaran tempatan.

Di Vietnam, SYM telah menawarkan sebuah model kapcai dikenali sebagai Galaxy 50 yang hanya dikuasakan oleh enjin bersesaran 49.5cc. Menurut rakan media di Arena Motosikal, enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 2.78PS pada 7,500rpm dengan daya kilas puncak 2.94Nm @ 6,500rpm.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Dengan kelajuan maksima yang tidak akan melebihi 80 km/j, sudah pasti ia bukanlah jentera yang sesuai untuk ‘merempit’. Enjin dengan sistem sejukan udara itu dilengkapi dengan transmisi empat-kelajuan. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem brek jenis dram di bahagian depan dan belakang.

Saiz tayar depan dan belakangnya pula berukuran 70 / 80-R17 dan 80 / 80-R17. Kapasiti maksimum tangki bahan bakarnya adalah 4 liter manakala purata tahap penggunaan petrolnya adalah 1.29L/100km. Berat kering kapcai ini pula sekitar 98 kg.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Antara ciri-ciri menarik kapcai ini adalah lampu depan dan signal jenis LED, ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah topi keledar, ruang simpanan kecil di bahagian depan dan pemegang anti-getaran.

Sungguhpun ia motosikal berenjin 49.5cc, reka bentuknya agak menarik dengan gaya kapcai moden dan turut dipasang dengan rim aloi jenis lima jejari bercabang yang sporty mengikut varian. Sekiranya anda menonton video iklannya, jelas sekali ia disasarkan kepada pelajar sekolah menengah untuk menggantikan basikal.

SYM Galaxy 50 boleh didapati dalam pilihan varian dengan rim jenis aloi atau jejari besi dengan tanda harga bermula dari 15,900,000 VND (RM 2,774.35) sehingga 16,990,000 VND (RM 2,964.54). Memang ‘tersangatlah murah’ dan bakal ‘terlajak laris’ jika undang-undang yang dicadangkan oleh PDRM itu nanti mula berkuatkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply