ARKIB

KATEGORI

Info

Ini mungkin gambaran Proton Saga facelift 2019 yang hampir dengan model sebenar

Gambaran artis

Views

Kami rasa hasil karya manipulasi digital Proton Saga facelift 2019 dari rakan sekutu, TheAjerul ini adalah yang paling hampir dengan model sebenar. Cuma akan ada beberapa ciri rekaan yang akan sedikit berbeza dengan Saga facelift 2019 yang sedang giat diuji ketika ini.

Seperti yang pernah kami maklumkan dalam artikel terdahulu, Saga facelift 2019 akan mengalami perubahan kosmetik terutama sekali pada bahagian jeriji serta bampar depan dan juga belakang. Unsur bermotifkan anyaman Infinite Weave mula diterapkan pada jeriji hadapan dan berjaya mengubah wajah Saga facelift 2019 menjadi lebih garang.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Unsur rekaan keluarga baharu Proton juga meneruskan kesinambungannya pada bahagian bampar Saga facelift 2019 dari Ajerul, ia sebelum ini telah ditampilkan pada model Iriz dan Persona 2019. Bahagian lampu hadapan dan belakang masih dikekalkan, namun menurut info kami, lampu kabus depan kini digantikan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL), tetapi untuk varian Premium sahaja.

Semalam kami memberitahu yang Saga facelift 2019 hanya akan ditawarkan dalam  dua pilihan varian –  Standard (Manual atau Automatik 4-kelajuan) dan Premium (Automatik 4-kelajuan). Varian Standard kini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Di bahagian kabin, apa yang digambarkan oleh Ajerul sebenarnya sudah hampir sama dengan model sebenar. Kami cuba membuat gambaran sendiri, tetapi dengan kemahiran yang agak terhad ia nampak tidak begitu realistik. Saga facelift 2019 akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver dan Rosewood Maroon.

Unit infohiburan dengan skrin sentuh bagi varian Premium Saga facelift 2019 tidak akan dilengkapi dengan ciri Arahan Suara, dan dikhabarkan harganya akan ‘turun sedikit’ sahaja. Saga facelift 2019 akan diperkenalkan pada bulan Ogos dan bermula bulan Julai, pengeluaran secara massa akan bermula.

Mungkin bulan depan atau awal bulan Ogos kita sudah boleh melihat kelibat sebenarnya tanpa sebarang celoreng penyamaran lagi, nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply