ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS perkenal ROVR – Perkhidmatan pengisian minyak bergerak yang pertama seumpanya di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memperkenalkan perkhidmatan pengisian minyak bergerak yang pertamanya di negara ini yang dikenali dengan ROVR. Perkhidmatan inovatif ROVR ini membolehkan pemandu komersil dan harian merasai pengalaman mengisi minyak dengan lancar dan selamat tanpa perlu singgah di stesen petrol.

Projek perintis ROVR untuk pelanggan komersil (B2B) telah bermula sejak Oktober 2018, dan hingga setakat ini telah menghantar lebih 1 juta liter minyak. Kini ROVR bersedia untuk memenuhi keperluan lebih banyak pelanggan B2B di seruh negara dengan pengenalan lebih banyak trak ROVR.

Pengguna-akhir (B2C) pula akan merasai pengalaman penyelesaian inovatif ini kerana ROVR bakal membawakan bahan bakar terkini PETRONAS Primax95 dengan Pro-Drive di hotspot trafik-tinggi, sekaligus meluaskan kawasan liputan rangkaian stesen PETRONAS sedia ada.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Datuk Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB berkata, mereka telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk memahami kehendak pelanggan dan melancarkan kehidupan seharian mereka dengan menawarkan penyelesaian progresif.

PDB telah menerima maklum balas positif dari pelanggan B2B dan bersedia untuk memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan lagi. ROVR memberikan jadual penghantaran PETRONAS Dynamic Diesel kepada pelanggan B2B dan ini membolehkan proses pengisian minyak dilakukan di premis mereka sendiri.

En. Sua Hee Yuan, Ketua Pegawai Kewangan Landbridge Haulage (M) Sdn Bhd berkata, mereka amat gembira dengan tawaran baharu yang diberikan oleh PDB. Ia memudahkan lagi trak besar mereka untuk mengisi minyak kerana ada sebahagian stesen menghadkan kemasukan kenderaan komersil besar.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Tambah beliau, dengan ROVR, mereka hanya perlu menjadualkan penghantaran minyak, dan trak ROVR dan Rangers akan menunjukkan cara kepada pemandu bagaimana untuk mengisi minyak tanpa perlu meninggalkan kawasan atau membuat lencongan. Ini amat memudahkan perancangan logistik, mengurangkan kos dan mempertingkatkan masa pengurusan mereka.

Trak ROVR dijamin selamat dan diperakui untuk penghantaran bahan bakar dan pengeluaran, mengikut keperluan kesihatan, keselamatan, keselamatan dan alam sekitar (HSSE) yang ketat, yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara dan badan kawalselia.

Semua trak ini dilengkapi dengan penderia (sensor) untuk maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi sepanjang tempoh perkhidmatan, pada setiap masa. Armada ROVR terkini merangkumi sebuah trak berkapasiti 4,000-liter dan tiga buah trak berkapasiti 11,000-liter untuk pelanggan komersial.

Trak 3,000-liternya pula akan digunakan untuk pelanggan-akhir pada fasa percubaan. Menjelang akhir tahun ini, PDB akan meluaskan lagi perkhidmatan ROVR di seluruh negara dan menyediakan lebih banyak lagi tapak mengisi minyak. Untuk maklumat lanjut, layari www.rovr2u.com.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply