ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden Myvi diterbalikkan – Rakaman dashcam tunjuk lampu isyarat di laluan Myvi masih lagi hijau

Tular

Views

Rakaman kamera pemuka (dashcam) insiden kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan penghantar makanan telah dimuat naik oleh salah seorang peserta Group Facebook, DashCam Owner Malaysia sejak pagi tadi.

Kemalangan tersebut telah mencetuskan kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai sehingga menyebabkan Myvi tersebut telah diterbalikkan oleh beberapa orang lelaki.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.

Susulan itu pihak polis telah menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan insiden berkenaan. Berbalik kepada video berkenaan, jelas memperlihatkan penghantar makanan telah melanggar lampu isyarat merah.

Lampu isyarat di laluan Myvi berkenaan masih lagi hijau (berkelip-kelip) sebelum ia melepasinya, dan secara tiba-tiba penghantar makanan tersebut bergerak melintas dan berlakunya kemalangan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Walaubagaimanapun, ramai di kalangan warganet yang agak was-was dengan rakaman tersebut memandangkan ia bertarikh 1 Jun 2019.

Namun, ada kemungkinan berlakunya ralat jika pemiliknya tidak membuat tetapan tarikh dan masa yang betul sebelum memasangnya.

Apa pun, kita tunggu hasil siasatan penuh berkenaan insiden berkenaan dari pihak polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply