ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terbalikkan Myvi di Masai – 9 suspek direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Kesemua sembilan suspek yang ditahan kerana terlibat dalam satu rusuhan di Taman Kota Masai di Johor Bahru kelmarin ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak memaklumkan perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 41 tahun. Terdahulu, pihaknya berjaya menahan seramai tiga orang suspek yang berusia 17 hingga 24 tahun kelmarin, sebelum enam lagi ditahan tidak lama kemudian.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Mohd. Sohaimi sebelum ini berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.40 malam, kelmarin sebelum anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai itu berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan Foodpanda.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply