ARKIB

KATEGORI

Buletin

Institut penyelidikan kenderaan tenaga baharu, ketersambungan pintar Chery dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Institut Penyelidikan Industri Kenderaan Tenaga Baharu dan Kenderaan Ketersambungan Pintar Anhui, yang diterajui pembinaannya oleh Chery Group, telah dirasmikan baru-baru ini.

Chery kini sedang giat meningkatkan usahanya dalam bidang tenaga baharu, ketersambungan pintar serta platform transit dan perkongsian ekologi.

Institut penyelidikan tersebut bertujuan untuk memacu pencapaian teknologi dalam bidang tenaga baharu dan kenderaan ketersambungan pintar.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Merangkumi institut penyelidikan automotif serta pusat inkubasi industri, ia akan terlibat dalam fungsi-fungsi seperti pembangunan trenkuasa dan platform, Makmal STELLAR Chery dan litar ujian kenderaan swapandu.

Chery Group akan menumpukan perniagaan masa hadapannya kepada pembangunan tenaga baharu dan ketersambungan pintar.

Ia merangkumi bidang-bidang seperti pembangunan platform elektrik pintar, platform berprestasi tinggi dan platform elektrik hibrid; penggunaan sistem kawalan bateri, motor dan elektrik ke arah integrasi teknologi bateri yang lebih menyeluruh, teknologi pemanduan elektrik, perisian domain trenkuasa serta teknologi pengecasan/penukaran bateri, teknologi OTA, data raya dan ekologi interaktif.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Setakat ini, Chery telah menubuhkan enam pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama di Amerika Utara, Eropah dan Shanghai.

Lebih 14,000 daripada 23,000 paten yang dimohon oleh Chery telah diluluskan, termasuk hampir satu pertiga daripada paten inovasi.

Chery juga telah mengungguli Paten Ciptaan 100 Teratas China (Anhui) selama lapan tahun berturut-turut dan telah menjalankan lebih 170 program termasuk Program R&D Teknologi Utama Negara dan Program Penyelidikan Asas Negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply