ARKIB

KATEGORI

Tular

Viva milik ‘Abang Viva’ kini dalam proses restorasi penuh, ditaja oleh Perodua

Tular

Views

Nama Hero Banjir, ‘Abang Viva‘ tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, individu bernama Azwan Omar itu pernah tular di media sosial kerana sanggup memohon cuti kecemasan dari majikannya dan memandu Perodua Viva dari Melaka ke Shah Alam dengan membawa sebuah bot, hanya berbekalkan ‘wang saku’ sebanyak RM50, demi membantu mangsa banjir.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Meskipun kini sudah memiliki sebuah trak pikap Mitsubishi Triton dan motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha XJ6 Diversion yang dihadiahkan oleh individu-individu budiman, kereta Viva ‘legend‘ itu masih lagi dalam simpanannya dan kini sedang dalam proses restorasi penuh.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Menurut Azwan di akaun Facebooknya, ramai yang bertanya kepadanya dimanakah Viva tersebut dan kereta tersebut masih lagi berada di Pusat Servis Perodua Bachang. Azwan mengucapkan terima kasih buat Perodua kerana sudi menaja kos membaik pulih ‘bini’ pertamanya itu.

Abang Viva juga turut mengucapkan terima kasih buat kakitangan pusat servis itu yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan kereta ini. Kata Abang Viva, dengan penjelasan ini diharap dapat menepis segala khabar angin yang mendakwa Viva tersebut sudah pun dijual.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azwan Omar

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply