ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gardenia lupus semua roti dan nyah kuman lori yang dicuri semalam

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang di e-melkan kepada kami sebentar tadi, pihak pengurusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan, lori Gardenia nombor pendaftaran BKK3140, yang dicuri di Kuala Lumpur pada pagi 30 Mac 2020, telah dijumpai ditinggalkan di tepi jalan di Kijal, Terengganu pada
lewat petang hari yang sama.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Kejadian tersebut berlaku ketika ‘Van Sales Merchandiser’ (Jurujual) mereka dalam perjalanan melakukan penghantaran roti harian. Walaubagaimanapun, jurujual itu selamat dan tidak diapa-apakan. Lori tersebut dan produk di dalamnya kini berada di balai polis untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Bagi memastikan keselamatan para pengguna kami, GBKL telah melaksanakan polisi dan prosedur untuk menangani keadaan tersebut pada ketika ini. Antaranya, semua produk Gardenia yang dibawa oleh lori tersebut akan dilupuskan dan kenderaan itu juga akan dinyah kuman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan pihak polis. Untuk maklumat lanjut, hantarkan e-mel kepada [email protected]. Pihak Gardenia berharap anda semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan baik dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang berterusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply