ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Adakah ini Citroën C3 generasi baharu?

Foto Intip

Views

Kelibat satu ‘model misteri’ bersaiz kompak yang sarat dengan pelitup celoreng telah berjaya dikesan di Malaysia. Foto intip model tersebut telah dikongsikan oleh rakan kami Eric Goh dan Careta.my hingga menimbulkan tanda tanya.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Hingga kini misteri model tersebut belum berjaya dirungkai sepenuhnya, namun menurut hasil carian oleh Eric, ia berkemungkinan model crossover kompak terbaharu Citroën, iaitu C3 (namakod CC21) yang turut diuji di India. Kebetulan pula, profil rekaan badan dan motif pada celoreng yang melitupi hampir keseluruhan badannya itu juga hampir sama.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Jika diperhatikan pada plat dagangnya pula, ia seakan mempunyai pertalian dengan model ujian DS3 Crossback, DS9, Peugeot 508 dan juga Peugeot Landtrek yang pernah ditemui sebelum ini. Nampaknya Berjaya Auto Alliance (BAASB) memang betul-betul ‘pulun habis’, memandangkan telah banyak model ujian yang sedang berkeliaran di jalan raya, namun kesemuanya masih lagi belum dilancarkan secara rasmi setakat ini.

Jika benar model Citroën C3 generasi baharu bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia, ia bakal berentap dengan Perodua Ativa jika mengikut segmen dan mungkin juga Proton X50 dari segi julat harga. Apa pun, kita nantikan informasi yang seterusnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Eric Goh dan Careta.my

Foto intip di India dan model skala Citroën C3 generasi baharu

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply