ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Model sedan andalan DS9 sedang diuji

Foto Intip

Views

Nampaknya model sedan andalan DS9 bakal dibawa masuk oleh pengedar baharu kenderaan jenama dari Perancis iaitu Peugeot, Citroen dan juga DSBerjaya Auto Alliance (BAASB) tidak lama lagi. Kelibat model tersebut tanpa sebarang pelitup celoreng dan hanya ditampal pelekat hitam di bahagian logonya telah berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama KM Khairi, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

DS9 tidak diuji bersendirian dan turut diiringi oleh sebuah unit ujian Peugeot 2008. Terdahulu, model crossover kompak DS3 Crossback telah mula melakukan ujian jalan raya dan foto intipnya pernah disiarkan oleh kami di pautan ini.

Model sedan DS9 dengan reka bentuk yang elegan dan mewah ini dibangunkan dari pelantar EMP2 V2.3 yang dihasilkan oleh Kumpulan PSA. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan penjana, varian yang paling asas dijana oleh enjin 1.6 PureTech yang menghasilkan 225 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Varian pertengahan pula dijana oleh enjin 1.6 PureTech E-Tense hibrid plug-in yang menghasilkan 225 kuasa kuda dan 360 Nm daya kilas. Varian andalannya pula dikuasakan oleh enjin 1.6 Pure Tech E-Tense 4×4 Automatic yang turut dipasang dengan dua motor elektrik.

Kombinasi ini mampu menjana output keseluruhan sebanyak 360 kuasa kuda dan 520 Nm daya kilas. Ia turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda dan dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.2 saat! Adakah DS9 bakal dilancarkan dalam tahun ini? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

DS9

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply