ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : DS3 Crossback masih teruskan ujian

Foto Intip

Views

Boleh dikatakan telah beberapa kali kelibat unit ujian model crossover kompak DS3 Crossback telah dikesan oleh waganet. Semalam rakan pembaca laman web ini, Izzat Ibrahim terserempak dengan dua unit DS3 Crossback semasa di Balik Pulau, Pulau Pinang.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Menurutnya dua unit DS3 Crossback, satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna merah sedang menjalani ujian jalan raya sekitar kawasan tersebut. Model ini bakal menjadi antara model terawal yang dibawa masuk oleh Berjaya Auto Alliance (BAASB) yang telah dipilih oleh Groupe PSA pada penghujung tahun lalu sebagai pengedar kenderaan jenama dari Perancis yang turut merangkumi Citroen dan juga DS.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Selain itu, BAASB turut mendapat hak pengedaran alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua jenama berkenaan. Groupe PSA juga turut merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksportnya untuk rantau Asia Tenggara.

Syarikat ini dimiliki oleh Berjaya Corporation Bhd dan Bermaz Auto Bhd dengan masing-masing memegang kepentingan sebanyak 51 peratus dan 20 peratus di dalamnya. BAASB sekurang-kurangnya bakal melancarkan empat model pada tahun ini, iaitu Peugeot 508, DS3 Crossback, Peugeot Landtrek dan sebuah lagi model crossover kompak iaitu generasi kedua Peugeot 2008.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply