ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Berjaya Auto Alliance kini pengedar tunggal kenderaan dari Groupe PSA

Berita Tempatan

Views

Berita Harian sisipan bisnes melaporkan, Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) dipilih oleh Groupe PSA sebagai pengedar tunggal untuk kenderaan jenama dari Perancis itu termasuk Peugeot, Citroen dan DS. Syarikat yang baharru ditubuhkan itu juga mendapat hak pengedaran alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua jenama berkenaan.

BAASB dimiliki oleh Berjaya Corporation Bhd dan Bermaz Auto Bhd dengan masing-masing memegang kepentingan sebanyak 51 peratus dan 20 peratus di dalamnya. Naib Presiden Kanan Asia Tenggara Groupe PSA, Laurence Noel, berkata barisan produknya termasuk kenderaan sukan utiliti (SUV) Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 telah menerima perhatian tinggi di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Justeru, beliau berkata pihaknya akan terus giat berusaha untuk meneruskan momentum berkenaan menerusi inisiatif pelancaran model baharu dan perkhidmatan selepas jualan. Tambah beliau, pihaknya merancang untuk memperkenalkan model Peugeot 2008 serba baharu ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, pihaknya juga menyasarkan untuk terus merevolusikan pengalaman pelanggan mereka bersama-sama dengan BAASB dan memberi komitmen kepada pelanggan melalui perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang cemerlang. Selain itu, Groupe PSA telah menjadikan Malaysia sebagai hab eksportnya untuk rantau ini.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BerjayaCorp, Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching, berkata pihaknya berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama baharu ini dengan Groupe PSA, salah satu pengeluar terbesar di Eropah, yang disenarai di Euronext Paris Stock Exchange.

Katanya, kerjasama baharu ini akan melengkapi perniagaan automotif kumpulan mereka antaranya H.R. Owen Plc dan Berjaya China Motor Sdn Bhd. Tambahnya lagi, mereka percaya kerjasama di antara BerjayaCorp, Bermaz dan Groupe PSA akan membawa manfaat sinergi yang positif kepada semua pihak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply