ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Adakah ini versi pengeluaran Toyota bZ SDN?

Foto Intip

Views

Toyota nampaknya mula ‘menunjukkan keghairahan’ mereka ke arah elektrifikasi, sejak memperkenalkan crossover elekrik (EV) pertama mereka, iaitu bZ4X Concept.

Model yang dibangunkan dari pelantar e-TNGA bersama dengan Subaru ini dikeluarkan di China dan Jepun dan bakal berada di pasaran global pada pertengahan 2022.

Untuk jangka masa panjang, Toyota bakal menawakan sebanyak 15 model kenderaan elektrik, termasuk tujuh yang akan memakai lencana bZ (Beyond Zero).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Nampaknya, selepas bZ4X Concept, model EV seterusnya yang sedang dipersiapkan oleh Toyota adalah sebuah sedan, iaitu Toyota bZ5 atau bZ SDN.

Kelibat sebuah unit ujian yang sarat dengan mod penyamaran, mirip model tersebut telah berjaya dikesan di China. Sekilas pandang, reka  bentuk hadapan model ini mirip dengan bZ4X Concept.

Adakah ini versi pengeluaran untuk bZ SDN? Jika diperhatikan kepada sekeping pelekat pada cermin hadapan model berkenaan, ia memberikan gambaran awal mengenai dimensi model sedan elektrik tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut portal Autohome, unit ujian tersebut mempunyai ukuran 4,725 mm panjang, 1,835 mm lebar, 1,475 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya berukuran 2,880 mm.

Selain itu, beberapa informasi lain berkaitan unit ujian tersebut adalah berat 2,215 kg, saiz tayar 225/50 R18 serta kelajuan tertinggi yang mampu mencecah 160 km/j.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat ‘mengintai’ bahagian kabin model unit ujian berkenaan yang menampilkan reka bentuk moden dan minimalis.

Paling mencuri tumpuan adalah paparan skrin rekaan nipis seperti sebuah tablet di tengah papan pemuka, serta satu skrin nipis melintang di hadapan stereng yang bertindak sebagai paparan meter digital.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply