ARKIB

KATEGORI

Tular

Kantoi ‘ride’ motor dengan plat JANDA, pemuda ditahan

Tular

Views

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dengan mempamerkan nombor plat belakang berhuruf ‘JANDA‘ dipercayai nombor pendaftaran palsu ditahan polis di Lorong 4, Jalan Lanang dekat Sibu, Jumaat lalu.

Menurut portal Utusan Borneo, pemuda berusia 21 tahun itu bukan sahaja mempamerkan ‘JANDA 8740‘ pada plat belakang motosikalnya, malah nombor plat pendaftaran hadapan juga berlainan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki terbabit telah ditahan oleh sepasukan polis trafik di lokasi tersebut pada jam 4.30 petang.

Suspek didapati mempamerkan nombor plat hadapan dan belakang motosikal berwarna kuning yang menjolok mata dan juga didapati nombor palsu.

Ujarnya, hasil pemeriksaan nombor casis dan enjin motosikal itu melalui semakan ‘MCOP’ mendapati dua nombor plat motosikal yang diguna pakai adalah berlainan dengan nombor asal walaupun motosikal tersebut milik suspek sendiri.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Remaja lelaki terbabit dan motosikalnya kemudian dibawa ke Balai Sungai Merah untuk tindakan lanjut. Difahamkan, tujuan lelaki terbabit menggunakan dua nombor plat pendaftaran itu yang berlainan adalah kerana ‘suka-suka’ dan sangat teruja dengan perkataan ‘JANDA’.

Zulkipli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

Kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan sekurang-kurangnya satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply