ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Aveta uji moped baharu?

Foto Intip

Views

Sebuah model ‘moped misteri’ yang menggunakan lencana Aveta telah berjaya dikesan oleh warganet bernama Amir Muhammad sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Menurut rakan media di Arena Motosikal, moped tersebut kelihatan seperti model Rato SVR180 2021 yang memiliki reka bentuk persis Honda Winner X di pasaran China.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Model tersebut dijana oleh enjin bersesaran 149.2cc dengan teknologi EFI, yang disambungkan dengan transmisi enam-kelajuan. Kombinasi ini mampu menjana 15.6PS @ 9,000rpm dengan daya kilas maksima 12.8Nm @ 9,000rpm.

Rato SVR180 mempunyai kapasiti tangki bahan bakar 7 liter, selain dilengkapi dengan panel meter digital TFT, sistem lampu LED, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, serta tayar dalam siri 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang).

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Persoalannya sekarang adakah Aveta akan membawa masuk model ini ke Malaysia dalam masa terdekat? Hingga setakat ini, tiada sebarang info mengenai bilakah moped tersebut akan dilancarkan secara rasmi apatah lagi harga mahupun spesifisikasi lengkapnya untuk pasaran Malaysia.

Kita nantikan maklumat terbaharu mengenai model ini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Arena Motosikal

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply