ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Kelibat Honda Winner X sedang jalani ujian di Malaysia!

Foto Intip

Views

Ini mungkin berita yang bakal mengujakan peminat kapcai di Malaysia. Tular di salah satu laman group Honda RS150R, sekeping foto yang memaparkan kelibat sebuah kapcai yang seakan Honda Winner X (RS150R V2). Adakah ia petanda yang Boon Siew Honda telah berubah fikiran dan mulai tergugat dengan pelancaran Yamaha Y16ZR baru-baru ini?

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ada desas-desus mengatakan yang Winner X bakal dilancarkan pada pertengahan tahun 2021. Namun belum ada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak Boon Siew Honda mengenai perkara tersebut, memandangkan sebelum ini mereka ‘dilihat seperti kurang berminat’ untuk membawa masuk Winner X ke sini.

Winner X telah dilancarkan di Vietnam pada bulan Julai 2019 dalam satu acara besar-besaran bertempat di gelanggang bolasepak keramat mereka, Stadium My Dinh dan dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung. Model ini dikuasakan oleh silinder tunggal PGM-FI DOHC bersesaran 149.1 cc yang mampu menjana kuasa maksima  15.4 hp pada 9,000 rpm dengan daya kilas maksima 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Ia dipadankan pula dengan transmisi 6-kelajuan. Dari segi reka bentuk ia menampilkan rekaan yang lebih sporty dan agresif. Winner X juga merupakan kapcai yang pertama di Vietnam yang dilengkapi dengan fungsi Brek Anti-Kunci (ABS).

Varian tanpa ABS turut ditawarkan dan di Vietnam, Winner X akan mempunyai 3 pilihan varian, iaitu:

  • Winner X CBS – 45.99 juta dong (RM8,098)
  • Winner X ABS Camo – 48.99 juta dong (RM8,626)
  • Winner X ABS Black Matte – 49.49 juta dong (RM8,714)

Nampaknya, Yamaha Y16ZR bakal mempunyai pencabar terkuat tidak lama lagi. Nantikan informasi terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply