ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Foto Tiris

Views

Meriah sungguh beberapa hari ini sejak foto terbaharu Iriz MC2 versi crossover tanpa sebarang pelitup celoreng terdedah semalam. Jika tadi foto sebahagian papan pemuka Iriz MC2 didedahkan, kini tiba giliran foto Proton Persona MC2 pula bocor!

Beberapa foto Persona MC2 telah dimuatnaik ke portal rakan media kami di Automachi.com yang mendedahkan keseluruhan rupa model sedan segmen-B tersebut tanpa sebarang pelitup. Foto-foto tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang pembacar mereka bernama, Chia Kok Woei.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Jelas wajah baharu Persona MC2 kelihatan jauh lebih garang dengan kehadiran jeriji Ethereal Bow dan Infinite Weave rekaan baharu bersama dengan logo kepala harimau baharu Proton. Lampunya kini nampak lebih moden dengan penggunaan mentol jenis LED dan juga bampar baharu yang menempatkan lampu kabus LED di sisi kiri dan kanannya.

Di bahagian sisi tiada perubahan dibuat, hanya rim baharu, rekaan enam jejari berkembar kemasan krom dengan tayar bersaiz lebih besar (16-inci). Paling mencuri tumpuan adalah perubahan di bahagian dalam dengan rekaan konsol tengah papan pemuka yang diberi nafas baharu dengan unit infohiburan jenis terapung, unit kawalan pendingin hawa rekaan baharu, stereng dengan logo baharu, perehat lengan dan kemasan kulit pada tempat duduk serta panel pintu berwarna perang.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Ini telah menjadikan ruang kabin Persona MC2 kelihatan lebih praktikal dan  jauh lebih mewah. Menurut info terbaharu yang diperolehi dari ejen perisik, Mat Bond, Iriz MC2 versi crossover akan dikenali dengan nama Iriz Active, nama yang sama seperti model prototaip konsep yang telah dipamerkan semasa Hari Terbuka “Alami Proton” pada tahun 2014.

Iriz Active dilengkapi dengan ciri baharu seperti tiga pilihan mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, Sport dan Eco, serta Pengurusan Intensiti Brek (Brake Intensity Manager – BIM) yang membolehkan pemandu berhenti di lampu isyarat tanpa perlu menukar gear kepada Neutral. Makin canggih beb!

Nantikan informasi terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply