ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Geely Hao Yue@Okavango dikesan, bakal Proton X90 mula diuji!

Foto Intip

Views

Belum pun reda dengan pembocoran foto-foto Proton Persona MC2 semalam, sebentar tadi kami menerima kiriman video berdurasi enam saat dari rakan pembaca bernama Kelvin Wong yang pastinya akan membuatkan ramai peminat Proton teruja!

Kelibat unit ujian Geely Hao Yue (VX11) atau Okavango (di Filipina) sarat dengan pelitup celoreng secara tak semena-mena muncul di jalan raya di Malaysia. Lokasi penemuannya masih belum dinyatakan oleh Kelvin Wong dan ia merupakan penemuan pertama unit ujian SUV tujuh-tempat duduk ini di negara kita.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Meskipun masih sarat dengan pelitup celoreng, Hao Yue (VX11) dapat dikenalpasti menerusi rekaan lampu belakang dan juga bentuk jeriji Expanding Cosmosnya. Adakah ia bermakna yang Hao Yue (VX11) sudah memulakan fasa pembangunan awal?

Menurut laporan kami sebelum ini, bakal SUV ketiga Proton ini  dijangka diperkenalkan menjelang penghujung tahun 2022. Di Filipina, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu asas (Comfort) dan andalan (Urban). Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder petrol 1.5 liter turbo dengan sistem hibrid ringan 48-volt yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

Kombinasi enjin petrol dan hibrid ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (7DCT) yang memacu roda hadapan. Di China, ia ditawarkan dengan dua pilihan penjana, iaitu enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang mampu menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas, manakala satu lagi pilihan, iaitu enjin empat silinder 1.8 liter turbo pula mampu menghasilkan 181 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Dari segi reka bentuk, model Hao Yue (VX11) mempunyai gaya rekaan yang agak bersegi sesuai dengan susuk tubuhnya yang lebih besar dan ‘sado’. Jeriji depannya menampilkan gaya rekaan baharu Expanding Cosmos dengan logo baharu Geely dan lampu utama jenis LED matriks.

Bakal pesaing kepada Toyota Fortuner, Mazda CX-8 dan KIA Sorento ini mempunyai ukuran dimensi 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,815 mm. Apa yang menarik, model ini bakal menjadi SUV pertama Proton yang mempunyai tujuh-tempat duduk memandangkan model sedia ada X70 dan X50, hanya memiliki lima-tempat duduk sahaja.

Adakah model ini bakal menggunakan nama Proton X90? Kita nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran Proton X90 versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply