ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: GAC EMKOO tanpa pelitup penyamaran dikesan di Gopeng

Foto Intip

Views

Kelibat model crossover kompak GAC EMKOO tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dikesan di susur keluar Gopeng oleh sahabat kami, Amir Zaheen Minhaj, sebentar tadi.

Sebenarnya agak menghairankan juga mengapa GAC EMKOO tersebut berada di jalan raya tanpa pelitup penyamaran seperti unit ujian model yang lain, sedangkan ia masih belum lagi dilancarkan di Malaysia.

Namun, segalanya terungkai setelah akan Facebook GAC Motor Malaysia telah memuatnaik beberapa foto GAC EMKOO yang sama beberapa jam yang lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut GAC Motor Malaysia, GAC EMKOO sedang menjelajah ke negara ini dari China. Model SUV ini turut merentasi beberapa buah negara termasuklah Laos dan juga Thailand, sebelum tiba di Kuala Lumpur pagi tadi.

GAC EMKOO telah pun dilancarkan di Filipina dan ia menampilkan gaya reka bentuk luaran yang sporty serta futuristik. Ruang dalamannya turut mengetengahkan konsep yang sama dengan paparan instrumen dan skrin infohibur gaya-tablet.

Untuk pasaran Filipina, crossover kompak ini ditawarkan dengan pilihan enjin petrol 1.5-liter turbocas yang menghasilkan 177 kuasa kuda dan 270Nm daya kilas. Kuasa disalurkan ke gandar roda hadapan menerusi transmisi 7-kelajuan DwiCekam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut GAC, tahap penggunaan bahan api GAC EMKOO adalah sekitar 16.1km/L. Harga jualan GAC EMKOO di pasaran Filipina bermula dari ₱1,298,000 (RM106,414) untuk varian GE, manakala varian GL pula dijual pada harga ₱1,498,000 (RM122,806).

Buat masa ini belum dapat dipastikan bilakah WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia.

Syarikat tersebut dijangka akan memulakan pemasangan model pertama pemasangan tempatan (CKD), GAC GS3 pada suku kedua tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

Foto kredit GAC Motor Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply