ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan maut babitkan tiga kenderaan, pemandu treler muatan simen ada 13 saman trafik

Berita Tempatan

Views

Pemandu treler membawa muatan simen yang maut dan dipercayai menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 317.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di Tapah, petang semalam didapati mempunyai 13 saman trafik terkumpul sejak 2010 hingga tahun ini.

Dalam kejadian itu, seorang lagi pemandu lori membawa muatan tembikai berusia 67 tahun turut maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun, seorang wanita yang memandu pacuan empat roda hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian kemalangan itu kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Chenderiang yang menyebabkan dua pemandu lelaki berusia 31 dan 67 tahun maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas treler muatan simen dalam perjalanan dari Seberang Perai, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi tengah lebuh raya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Treler terbabit kemudiannya merempuh sebuah lori membawa muatan tembikai dan kenderaan pacuan empat roda di laluan bertentangan arah selatan ke utara.

Semakan rekod kesalahan trafik mendapati pemandu treler muatan simen itu mempunyai 13 saman trafik terkumpul sejak 2010 hingga 2023, termasuk pernah sekali terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar tahun 2018.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VIRAL PERAK

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply