ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Raya Aidiladha dah dekat, tapi Proton masih giat menguji S50 (SS11)

Foto Intip

Views

Meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, Proton dilihat masih giat menguji model sedan terbaharu mereka, iaitu S50 (SS11).

Unit ujian yang masih sarat dengan pelitup celoreng ini telah berjaya dirakam oleh sahabat kami, bernama Putra Azran, di sekitar kawasan Subang Jaya, pagi ini.

Ini merupakan versi sebenar Proton kerana jeriji bermotifkan ‘Infinite Weave‘ dapat dilihat dengan jelas dengan reka coraknya yang agak berbeza berbanding dengan model SUV tiga baris-tempat duduk, X90.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Unit ujian kali ini, juga dilihat menggunakan sistem ADAS yang dilekatkan pada bahagian cermin hadapan. Model sedan yang berasaskan  Geely Emgrand generasi keempat di pasaran Filipina dan juga Arab Saudi bakal memiliki ciri keselamatan yang lebih canggih.

Selain itu, S50 (SS11) turut berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (SX11 @ Proton X50). Menurut ejen perisik Mat Bond, S50 (SS11) akan dijana oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang menghasilkan 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan. Dikhabarkan, model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j. Rangkaian kuasa ini juga telah digunakan oleh kembarnya di pasaran China.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula adalah 2,650 mm.

Ini bermakna pengganti kepada model Prevé itu akan berada dalam segmen-C dan bakal ‘menggugat kedudukan’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla di pasaran. Bukan itu sahaja, Proton juga dilihat bakal ‘bermain dalam dua kolam’ dengan model ini sahaja.

Ada desas-desus mengatakan, tanda harga yang bakal ditawarkan, dijangka berada dalam julat harga dua model bukan-nasional terlaris dalam segmen-B di Malaysia pada ketika ini, iaitu Honda City dan Toyota Vios serba baharu.

Difahamkan, S50 (SS11) keluaran Tanjung Malim ini bakal membuat kemunculan rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini. Dalam perkembangan berasingan, Mat Bond berkata, Proton dijangka memperkenalkan satu model yang dikemaskini pada Ogos nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Putra Azran

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply