ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Hyundai Sonata facelift 2024 dikesan, sedang jalani penggambaran iklan

Foto Intip

Views

Sambutan terhadap model generasi kelapan Hyundai Sonata (DN8) dikatakan agak ‘sendu’, hingga menyebabkan barisan pemasangannya di kilang pengeluaran di Asan terpaksa ditutup sebanyak dua kali.

Sungguhpun begitu, nasib satu lagi model yang dipasang di kilang sama, iaitu Grandeur agak berbeza kerana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan berjaya melepasi angka pengeluaran 10,000 unit sebulan.

Model sedan paling mewah Hyundai itu juga merupakan ‘Kereta Terlaris’ dengan jumlah sebanyak 136,384 unit daripada 386,095 unit dari Januari hingga Jun2021.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut portal permotoran TheKoreanCarBlog, gergasi automotif dari Korea Selatan itu dijangka memperkenalkan Sonata versi dikemaskini (facelift) yang bakal dilancarkan pada bulan April nanti.

Kelibat Sonata facelift tanpa sebarang pelitup penyamaran berjaya dirakam ketika ia sedang menjalani penggambaran iklan di suatu lokasi yang tidak dinyatakan.

Sonata facelift menampilkan reka bentuk gaya baharu Hyundai dengan jejalur lampu jenis melintang dan nipis yang kini diterjemahkan kepada rekaan model baharu seperti Kona, Grandeur, Staria dan juga Stargazer.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jejalur lampu itu hanya berfungsi sebagai lampu siang (DRL), manakala lampu hadapan yang sebenar berada di bawah, yang bergabung terus dengan bampar dan juga jerijinya.

Besar kemungkinan, unit yang dirakam ini adalah varian N-Line kerana kelihatan lebih sporty. Foto kedua pula memperlihatkan ekor model tersebut yang mengalami beberapa perubahan seperti di bahagian lampu/pemantul cahaya.

Sekiranya ia masih menggunakan enjin yang sama, Sonata facelift akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.5-liter (191 kuasa kuda), enjin 1.6-liter dengan pengecas turbo (180 kuasa kuda) dan enjin 2.5 turbo (290 kuasa kuda) untuk varian mercu, N-Line untuk pasaran di Amerika Syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheKoreanCarBlog

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply