ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery catat 101,379 unit jualan global pada Januari, lepasi angka 100k unit selama lapan bulan berturut-turut!

Berita Tempatan

Views

Chery Group membuka tirai 2023 dengan jualan global sebanyak 101,379 unit pada Januari, naik 16.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (YoY).

Ini bermakna, jualan Chery telah berjaya melepasi 100,000 unit sebulan selama lapan bulan berturut-turut sejak Jun 2022. Siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 terus mendapat sambutan baik, mencatat jualan sebanyak 10,856 dan 12,768 unit pada Januari.

Tahun 2022 menyaksikan jualan global Chery mencapai rekod 1.23 juta unit, termasuk hampir setengah juta unit di luar China (naik 68 peratus YoY), menjadikan syarikat tersebut pengeksport kenderaan penumpang Nombor 1 China selama 20 tahun berturut-turut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pencapaian ini merupakan hasil kegigihan Chery menguasai teknologi teras melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri. Syarikat tersebut mempunyai lima pusat R&D di seluruh dunia yang dianggotai lebih 7,000 pereka dan jurutera yang mempunyai pengalaman kerja di beberapa syarikat automotif terkemuka.

Dalam Kajian Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) JD Power 2022, Tiggo 8 Pro menduduki tempat kedua dalam segmen SUV saiz sederhana.

Ia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk ‘Model Paling Inovatif 2022‘ di Arab Saudi, ‘SUV Saiz Sederhana Terbaik Tahunan‘ di Mexico dan ‘Kenderaan Crossover Saiz Sederhana Terbaik‘ di Pameran Motor Antarabangsa Filipina CAMPI.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Majlis Anugerah Auto 2023 di Sao Paulo menobatkan Tiggo 8 Pro PHEV dengan ‘Enjin Bawah-2.0 liter Terbaik‘, manakala Tiggo 8 memenangi ‘SUV Terbaik Tahunan‘ di Brazil.

Chery melancarkan strategi teknologi canggih 2025 pada September 2022, dengan memperkenalkan ‘Technology Chery‘.

Ini bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), malah meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.

Sama ada siri Q-POWER yang digunakan secara meluas dalam banyak model Chery, kabin pintar Lion yang dinikmati lebih sejuta pengguna, ataupun seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0, semuanya merupakan manifestasi ‘Technology Chery’ yang menggalakkan evolusi produk yang pantas untuk menawarkan kelebihan yang berbeza bagi setiap segmen pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply