View this post on Instagram
Kelibat sebuah unit ujian yang dipercayai model SUV Honda CR-V generasi baharu telah dimuatnaik ke laman Instagram rakan media kami, Careta.my sejak tengah malam tadi.
Unit ujian yang sarat dengan celoreng penyamaran itu dikesan oleh pembaca bernama Brad Pitt Muo (macam kenal je siapa), di sekitar Serdang.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Meskipun agak sukar untuk melihat susuk tubuh badannya, plat perdagangan yang dipakai oleh unit ujian tersebut, “M 247 A” seolah-olah memberi petanda awal.
Nombor berkenaan hanya berbeza satu turutan nombor sahaja dengan plat perdagangan yang pernah digunakan oleh unit ujian Honda HR-V 2022 iaitu M 248 A, sebelum ini.
Selain itu, reka corak celoreng pelitup penyamarannya juga sama seperti yang digunakan unit ujian Honda HR-V 2022. Berdasarkan saiznya yang jauh lebih besar, maka tidak syak lagi ia adalah CR-V generasi baharu.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Generasi keenam CR-V ini juga telah diuji di negara jiran kita, iaitu Thailand sejak pertengahan tahun lalu. Ia ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter VTEC Turbo atau hibrid e:HEV, mengikut pasaran.
CR-V generasi baharu ini juga lebih besar, dengan ukuran dimensi 4,694 mm panjang, 1,864 mm lebar dan jarak antara rodanya pula 2,700 mm. Namun ia lebih rendah berbanding generasi sebelumnya dengan ukuran tinggi 1,681 mm.
Adakah CR-V generasi baharu satu-satunya model baharu yang akan dilancarkan oleh Honda Malaysia nanti, atau ada model lain lagi? Sama-sama kita tunggu dah lihat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Hezeri Samsuri dan Careta.my
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI