ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kelibat SUV berceloreng ‘misteri’ dikesan, berkemungkinan GAC GS3 2021!

Foto Intip

Views

Rakan pembaca kami Jad BG, hari ini telah terserempak dengan kelibat satu ‘entiti’ model misteri yang diselubungi dengan pelitup celoreng di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama model berkenaan dikesan oleh orang awam dan diuji di jalan raya Malaysia.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Dari profil badannya, ia kelihatan seperti sebuah SUV bersaiz sub kompak. Hasil siasatan rakan kami Eric dari WapCar.my, besar kemungkinan model ini adalah GAC GS3. Ia mungkin ada asasnya memandangkan laman web tersebut juga pernah mengatakan yang Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GAC Motor dari China.

MoU tersebut adalah bagi menilai kemungkinan TCMH untuk mengedarkan kenderaan GAC untuk pasaran Malaysia dan Vietnam. Kami menjangkakan model yang berceloreng ini adalah GS3 2021 yang telah berada di pasaran Filipina.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Di pasaran negara tersebut, GS3 dikuasakan oleh dua pilihan enjin petrol yang menepati piawaian Euro 5. Varian yang lebih rendah dikuasakan oleh enjin aspirasi normal 1.5L DCVVT yang menghasilkan 113 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas, manakala varian yang lebih tinggi pula dijana oleh enjin 1.3 L I4 turbo yang menghasilkan 136 kuasa kuda dan 202 Nm daya kilas.

Kedua-dua penjana ini digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik dan dipacu oleh roda hadapan. Selain itu GS3 turut dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik. Di Filipina, GS3 dijual dengan tanda harga bermula dari P888,000 (RM74,816) hingga P1,058,000 (RM89,139).

Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

GAC GS3 2021

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply