ARKIB

KATEGORI

Tular

MAMAT – Jentera kawalan jauh ROBOCUT RC56 mudahkan kerja memotong jerami padi

Tular

Views
Pandu uji keberkesanan pemotongan jerami padi by Robocut (MAMAT)

Foto yang memaparkan sebuah jentera pemotong kawalan jauh yang telah mula digunakan di Malaysia, tular setelah kami kongsikannya di laman Facebook. Foto tersebut telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Amzari Md Yusop yang merupakan pemilik jentera kawalan jauh tersebut yang dinamakan sebagai ‘MAMAT‘.

Menurutnya, jentera tersebut telah diuji untuk kerja-kerja memotong jerami padi di kawasan tanah yang hampir kering dan besar kemungkinan lokasi sawah tersebut terletak di sekitar Sabak Bernam. Katanya, dengan menggunakan sambungan pemotong jenis Multicut flailhead, hasil pemotongan adalah sempurna dan jerami diserakkan mendatar di sepanjang laluan.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Katanya lagi, MAMAT akan diuji di kawasan tanah lebih basah pulak serta keberkesanan menggunakan sambungan pemotong jenis Forestry pula. Menurut carian kami, nama sebenar MAMAT adalah ROBOCUT RC56, model 2019 yang dikeluarkan oleh syarikat McConnel Limited yang berpangkalan di Ludlow, United Kingdom (UK).

ROBOCUT RC56 dikuasakan oleh enjin diesel HATZ 3-silinder turbo yang mampu menghasilkan 56 kuasa kuda pada 2800 rpm dengan 185Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi jenis Fine control hydrostatic, manakala kapasiti tangki bahan api adalah 38 liter.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Berat ROBOCUT RC56 adalah 1,200kg dan ia boleh dikendalikan secara kawalan jauh menggunakan joystick dalam radius 150 meter menerusi frekuensi 434Mhz. Ia dilengkapi dengan dua pek bateri yang boleh ditukar ganti dan dicas semula.

Antara ciri-ciri menariknya adalah sistem apungan kepala yang boleh diprogramkan untuk memenuhi pelbagai sambungan dan keadaan. Panel badannya yang ditutup kemas dapat memastikan rumput atau serpihan tidak bertebaran keluar. Ia juga boleh digunakan sehingga 6 jam sebelum perlu diisi minyak semula. Model ini juga lebih stabil dalam semua permukaan kerana nisbah agihan beratnya adalah sempurna 50/50.

Rekaan ROBOCUT RC56 ni mengingatkan kami kepada sfera kuasa Boboi Boy, Ochobot. Betul tak?

Introducing ROBOCUT 2019!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amzari Md Yusop dan McConnel

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply