Akhirnya kita dapat menyaksikan wajah sebenar Toyota Innova Zenix 2023 tanpa sebarang pelitup penyamaran sebelum ia diperkenalkan secara rasmi di Indonesia dalam masa terdekat.
Dalam artikel terdahulu, iklan acah pertama model crossover tersebut telah mula disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Toyota Indonesia.
Kelibat Innova Zenix 2023 ini berjaya dikesan sekitar kawasan Karawang Barat pada Isnin lalu (7/11/2022). dan beberapa foto intipannya telah dimuatnaik oleh portal Kompas.com, sisipan Otomotif.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Bentuk model berkenaan sememangnya mirip foto acah yang disiarkan, terutama lampu depan LED rekaan berlekuk dan juga jerijinya yang berbentuk trapezoid.
Kita juga dapat melihat imbasan bahagian sisinya, dan ia kelihatan agak sedikit tinggi dengan pengayaan crossover. Malah, bumbung suria panoramanya turut dapat dilihat dengan jelas.
Sekilas pandang elemen lekukan pada bahagian sisi dan gerbang roda model ini mirip Perodua Alza 2022 (D27A) dan Toyota Veloz serba baharu. Rekaan tiang-C dan lampu belakangnya dari sudut tepi seakan Perodua Aruz dan Toyota Rush.
Innova Zenix 2023 dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan dan bakal ditawarkan dengan pilihan varian, iaitu G, V dan Q.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Saftey Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan Pengurangan Lengkung Kelajuan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).
Innova Zenix akan ditawarkan dengan pilihan Sistem Hibrid Toyota generasi kedua, yang bakal menggantikan enjin diesel. Julat anggaran harga bagi model Innova Zenix bermula dari Rp 415 juta (RM126,106) bagi varian asas sehingga Rp 625 juta (RM189,920) untuk varian andalan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Kompas Otomotif
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI