ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Lotus Envya (Type 133) sedan mulakan ujian jalan raya di China

Foto Intip

Views

Selepas memecah tradisinya dengan melancarkan SUV elektrik pertama, Eletre, Lotus kini mula menguji model sedan EV terbaharu mereka iaitu Envya yang turut dikenali dengan Type 133.

Model berasaskan pelantar SEA Geely yang diubahsuai atau Electric Premium Architecture (EPA) itu berjaya dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di China.

Dua unit Envya sedan telah berjaya diintip dan masih lagi sarat dengan mod penyamaran, namun kita masih dapat meilhat ciri-ciri yang ada pada reka bentuk luarannya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ia menampilkan garis bumbung yang curam, seolah-olah tidak memperlihatkannya sebagai sebuah sedan biasa dan lebih mirip kepada sedan-coupe.

Lampu belakangnya turut kelihatan, tetapi ia masih menggunakan komponen sementara dan berkemungkinan ia menggunakan jejalur lampu jenis LED, seperti Eletre.

Menerusi foto intip itu juga kita dapat melihat pemegang pintu jenis ‘pop-keluar’, pod kamera yang dipasang pada bumbung dan rim aloi kemasan hitam bersaiz 20-inci.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Di ruangan kabin, kita hanya dapat melihat sipi-sipi sahaja dan bentuk papan pemukanya mempunyai gaya reka bentuk yang sama dengan Eletre, terutama pada bahagian stereng dan panel instrumen yang nipis.

Buat masa ini belum ada sebarang maklumat mengenai spesifikasinya, namun spekulasi dari media di China mengatakan ia bakal menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan Eletre.

Mungkin untuk versi aras-mula, ia akan dilengkapi dengan dua motor elektrik yang menjana 612 kuasa kuda dan 710 Nm daya kilas.

Untuk varian andalannya pula, ia bakal dilengkapi dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan 918 kuasa kuda dan 985 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply