ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ni Hsin lancar motosikal EV TailG Ebixon Bold dan TailG Ebixon Torq, harga dari RM9k

Berita Tempatan

Views

Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Berhad menyasarkan untuk menjual 45,000 unit motosikal elektrik terbaharu keluarannya, TailG dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut KOSMO! ONLINE, Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, sasaran tersebut meliputi jualan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Malah jelasnya, syarikat sedang berunding dengan beberapa organisasi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan dan peniaga untuk mempromosikan, memasarkan dan mengedarkan motosikal elektrik di rantau ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Model perniagaan kami merangkumi modul jualan langsung dan sewa milik kepada perniagaan serta pengguna,” katanya selepas majlis pelancaran motosikal berkenaan di sini hari ini.

Model tersebut, iaitu TailG Ebixon Bold dan TailG Ebixon Torq, masing-masing dalam kategori kegunaan peribadi dan komersial, dipasang di kemudahan pembuatan syarikat di Seri Kembangan, Selangor.

Proses konseptualisasi, penyelidikan dan pembangunan serta percubaan model baharu itu memakan masa lebih dua tahun dengan kerjasama rapat daripada rakan kongsi, Dongguan Tailing Motor Vehicle Co. Ltd.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Harga TailG Ebixon Bold adalah RM9,000 manakala TailG Ebixon Torq berharga RM14,888.

Sempena pelancarannya, Ni Hsin turut akan menandatangani Memorandum Perjanjian dengan MIMOS Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., HAI-O Enterprise Sdn. Bhd. dan PT Winn Pratama Indonesia bagi membantu pemasaran, promosi dan pengedaran motosikal berkenaan.

Pasaran skuter dan motosikal elektrik global dianggarkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kumulatif (CAGR) 10.2 peratus kepada AS$93.9 bilion (RM429.36 bilion) menjelang 2031.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saharudin Busri

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply