Pada April tahun lalu, gergasi automotif dari China, Geely telah memperkenalkan sebuah model konsep sport sedan yang dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) yang dikenali sebagai Preface Concept.
Kini, ia telah tiba pada fasa pengeluaran dan buat pertama kalinya Geely menayangkan foto-foto rasmi model tersebut di alam siber. Buat masa ini kita cuma dapat melihat reka bentuk luarannya sahaja, namun ia mungkin dalam masa terdekat memandangkan model ini akan dilancarkan pada suku keempat 2020.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Preface merupakan model kedua Geely yang dibangunkan dari pelantar hasil usahasama mereka bersama Volvo selepas crossover coupe Xing Yue (sebelum ini dikenali sebagai FY11). Jika dibandingkan dengan model konsepnya, Preface versi pengeluaran telah mengalami beberapa perubahan.
Paling ketara pintu suicide dan kamera pandang belakang hanya sekadar pada model konsepnya sahaja, manakala rekaan lampu serta bampar telah diolah sedikit. Walaubagaimanapun, reka bentuk luaran secara kasar masih lagi kekal dan sekilas pandang ia persis sedan Volvo generasi terkini.
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
Jeriji ‘semesta’ yang menjadi identiti keluarga Geely masih terus dibawa pada model ini dan bentuknya kelihatan lebih padu berbanding model-model sebelumnya. Menurut Naib Presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan banyak aspek reka bentuk pada model konsep pada 2019.
Tambah Guy, menerusi maklum balas dari pengguna Geely Auto dan peminat mereka seantero dunia. pihaknya telah berjaya mengekalkan banyak aspek dan turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada model Preface versi pengeluaran.
Geely bakal mengumumkan barisan penjana untuk model Preface sedan, selain beberapa butiran lain dalam masa terdekat. Besar kemungkinan, enjin petrol 2.0-liter turbo bakal tersenarai termasuk varian elektrik. Preface bakal dilancarkan di China terlebih dahulu dan bakal menyusul ke pasaran lain kemudian. Ia bakal dikeluarkan di kilang Hangzhou Bay di China.
Adakah model ini bakal menjadi calon pengganti Proton Perdana? Kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
KOMEN TERKINI