ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Mitsubishi Xpander dikesan tanpa sebarang celoreng penyamaran

Foto Intip

Views

Kelibat Mitsubishi Xpander tanpa sebarang celoreng penyamaran telah berjaya dikesan di suatu lokasi yang tidak diketahui pagi tadi. Ia telah berjaya dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Jamaan Abd Rahman dan mula mendapat perhatian beberapa portal permotoran tempatan.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Jika diteliti, Xpander yang bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini merupakan versi facelift dengan sedikit perubahan pada jeriji depan dan beberapa perincian yang lain. Model yang akan dipasang di Pekan itu nanti akan dikeluarkan di bekas kilang milik Suzuki, yang sebelum ini memasang model Swift.

Sebelum ini kami telah menyiarkan foto intip yang memaparkan ujian pemasangan model berkenaan di kilang tersebut, namun kami terpaksa menarik balik artikel berkenaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mitsubishi Motors Malaysia telah mengumumkan mereka bakal melancarkan Xpander dalam tahun ini, dan ia mungkin akan terlewat sedikit dari perancangan asal disebabkan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Model yang dijana oleh enjin 4G91 16-injap 1.5-liter MIVEC empat-silinder, yang menghasilkan 103 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Untuk pasaran Indonesia, ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi, sama ada lima-kelajuan manual dan empat-kelajuan automatik.

Kenderaan yang digelar sebagai ‘MPV sejuta umat’ di Indonesia itu bakal berentap dengan Honda BR-V, Perodua Aruz dan Toyota Rush apabila dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Adakah model ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply