ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia jual lebih 80k unit kenderaan pada 2023, kekal No.1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah berjaya merekodkan jumlah jualan melebihi 80,000 unit, sekali gus mencapai sasaran jualan tahunannya pada tahun 2023.

Pencapaian yang luar biasa ini turut membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukan No.1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional untuk tahun kesepuluh berturut-turut sejak 2014.

Tahun 2023 merupakan tahun pemulihan beransur-ansur dan prospek positif. Honda Malaysia berjaya melancarkan sejumlah empat model baharu pada separuh kedua tahun 2023. Model-model tersebut ialah WR-V, City, Civic Type R dan CR-V serba baharu.

Tiga model terlaris pada 2023 ialah City, HR-V dan City Hatchback yang masing-masing menyumbang 30 peratus, 25 peratus dan 13 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat. Bukan itu sahaja, WR-V, HR-V, CR-V dan Civic turut mengungguli tempat teratas dalam segmen masing-masing.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, meskipun 2023 merupakan tahun yang mencabar kerana terpaksa menghadapi pasaran yang kompetitif, syarikat telah berjaya mengatasinya dan mencapai sasaran jualan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan Honda yang telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini melalui sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

Pencapaian cemerlang Honda Malaysia tahun ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelancaran WR-V pada bulan Julai. SUV kecil ikonik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran. Varian RS ialah penyumbang terbesar, menyumbang 60 peratus daripada jumlah jualan setakat ini.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Syarikat juga telah menjual lebih daripada 7,800 unit WR-V dalam tempoh enam bulan pertama pelancarannya.
Selain itu, jualan untuk model hibrid Honda Malaysia (e:HEV) juga meningkat daripada lebih 4,100 unit pada 2022 kepada lebih 7,700 unit pada 2023.

Ini mewakili pertumbuhan 87 peratus dan tahun 2023 juga menyaksikan model e:HEV Honda menyumbang sebanyak 28 peratus kepada keseluruhan jualan kenderaan hibrid di Malaysia.

Honda Malaysia komited untuk menyediakan kualiti terbaik dari segi penawaran produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya.

Syarikat optimis mengenai sektor automotif pada 2024, yang dijangka menjadi satu lagi tahun yang menarik untuk industri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply