ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Persona dan Saga ni tengah uji apa tu?

Foto Intip

Views

Kelibat dua unit Proton Persona dan Saga berwarna putih, tanpa pelitup penyamaran dan menggunakan plat perdagangan telah berjaya dikesan sekitar Ara Damansara, hari ini.

Foto tersebut telah dimuatnaik oleh rakan kami di WapCar.my dan sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang sedang diuji pada kedua-dua model tersebut.

Proton telah memperkenalkan Persona yang dikemaskini pada bulan Ogos 2021, manakala Saga MC2 yang dipertingkatkan pula telah dilancarkan pada Mei tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Jika anda perasan, model Persona itu ada lampu kabus belakang pada bahagian bampar dan menggunakan rim R3 bersaiz 16-inci. Saga yang dihadapannya pula, sama seperti yang ditawarkan di negara ini.

Menurut info yang kami perolehi dari ejen perisik Mat Bond, ada kebarangkalian kedua-dua model ini sedang menguji unit kawalan kestabilan elektronik (ESC) yang akan dibekalkan oleh vendor baharu.

Model ini juga dikatakan bukanlah untuk pasaran tempatan dan mungkin akan dieksport ke Afrika Selatan. Namun, timbul persoalan kerana model Persona tiada dalam senarai model yang akan dieksport ke negara tersebut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Hanya Saga, X70 dan X50 sahaja yang ditawarkan di sana. Mungkin, ada perancangan untuk membawa masuk model Persona ke Afrika Selatan pada masa akan datang, tetapi bukanlah dalam tempoh yang terdekat.

Apa yang kami tahu setakat ini, Proton bakal memperkenalkan dua model baharu tahun depan (2023), iaitu crossover MPV tujuh-tempat duduk, Proton X90 (VX11) dan juga sedan segmen-C, Proton S50 (SS11).

Model semasa yang dikemaskini atau dipertingkatkan masih belum ada dalam perancangan lagi. Kita nantikan info terkini dari Mat Bond dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply