ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Proton Iriz MC2 akan ada varian ACTIVE ke?

Spekulasi

Views

Kami rasa anda mungkin perasan ada sedikit kelainan pada foto intip Iriz MC2 yang sedang diuji bersama-sama Persona MC2 dalam artikel pagi tadi kan? Jika diperhatikan, kelihatan beberapa bahagian badan Iriz MC2 disembunyikan dengan  ‘celoreng pelitup badan’.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Selain pada bahagian muka depan dan belakang, lengkung tayar dan juga rel bumbung turut kelihatan, selain saiz rimnya yang lebih besar. Adakah Proton sedang membangun varian ala crossover seperti prototaip Iriz ACTIVE yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Terbuka “Alami Proton” pada bulan September 2014.

Iriz ACTIVE menampilkan reka bentuk gaya crossover dengan pelapik badan, rel bumbung dan lega tanah yang lebih tinggi. Rekaan lampu siang LED (DRL), lampu signal dan kombinasi lampu belakang menampilkan teknologi pencahayaan dari Nexlide.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Rekaan grafik badan Cool Clear dengan kombinasi warna badan Earth Grey dan oren metalik menjadikannya lebih ranggi. Di ruang kabin, konsol tengah papan pemuka didominasi oleh paparan skrin sesentuh LCD berdefinasi tinggi. Selain itu, panel meter turut menggunakan paparan skrin digital. Tempat duduk dan kemasan pintunya pula menampilkan kombinasi kemasan dwitona.

Antara teknologi yang diadaptasikan pada model Iriz ACTIVE adalah ADAS (Autonomous Emergency Braking System)NexlideDigital Overhead ConsoleIntegrated Air Purifier, paparan meter dan konsol tengah LCD  dan pengecas tanpa wayar. Namun sayang sekali model ini masih belum dikeluarkan hingga ke hari ini. Adakah ia bakal muncul pada tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kedua kredit TheAjerul

Iriz Active

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply