ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta nasional ketiga diteruskan – MITI minta Perodua dan Daihatsu bentang kertas kerja

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kerajaan akan meneruskan projek kereta nasional ketiga meskipun berlaku perubahan kepimpinan negara pada Mac lalu, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Daihatsu untuk memberi taklimat serta membentangkan kertas kerja kepada kerajaan mengenai kaedah kedua syarikat automotif itu dapat membantu membangunkan projek berkenaan.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Jelas beliau, ini adalah demi keperluan untuk mengembangkan sektor automotif negara. Beliau juga mencadangkan kepada pengurusan (DreamEDGE) untuk memberikan taklimat mengenai kemajuan kereta nasional ketiga.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti platform serta pelaksanaannya dan mahu perkara ini diperjelaskan. Beliau berkata demikian selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Perodua Suppliers Association (P2SA) dan Perodua Dealers Association (PDA).

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Mohamed Azmin turut menyatakan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) diteruskan kerana ia adalah agenda dan rangka kerja untuk industri automotif masa hadapan. Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata cadangan Menteri Kanan itu akan disempurnakan oleh pihaknya secepat mungkin.

Kata beliau, cadangan kertas kerja itu juga tidak semestinya merangkumi projek kereta nasional baharu sahaja tetapi membabitkan ekosistem industri secara keseluruhan. Tambah beliau, pihaknya akan membentangkan kepada kerajaan bagaimana Perodua dapat membantu ekosistem automotif tempatan, bukan sahaja tertumpu kepada kereta nasional ketiga. Kata beliau lagi, ia merangkumi ekosistem dari tenaga kerja hinggalah teknologi serta vendor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran awal Kereta Nasional Ketiga versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply