ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Foto Intip

Views

Nampaknya rakan pembaca kami, Putra Kamrin Azran seolah-olah ada ‘magnet’ dengan unit ujian Saga MC2. Ini kali ketiga individu yang sama berjaya mengesan Saga MC2 pagi tadi, kali ini di Genting Highlands.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Sebenarnya kami agak curiga ‘apa yang sedang diuji’ oleh Proton, kerana dalam artikel terdahulu, difahamkan Saga MC2 masih lagi mengekalkan unit enjin dan juga transmisi yang sama seperti model semasa.

Jika tiada perubahan mekanikal dan cuma perubahan kosmetik kecil dibuat, mungkin ‘ada sesuatu ciri baharu yang sedang diuji’ mereka dan ada keperluan untuk mengujinya sehingga perlu ‘memanjat lokasi ujian wajib’ ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Setakat ini, masih belum ada informasi terkini mengenai Saga MC2 dan mengikut jangkaan, model ini akan diperkenalkan sebelum pertengahan tahun 2022.

Nantikan info terkini daripada kami dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Putra Kamrin Azran

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply