ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Proton teruskan ujian Saga facelift

Foto Intipan

Views

Proton nampaknya semakin sibuk mempersiapkan model naik taraf Saga 2019 dan terus menguji model tersebut. Kelibat Saga facelift telah berjaya dikesan semalam oleh P-Daus Shajahan di Lebuhraya PLUS sekitar Sungai Buluh menuju ke Kuala Lumpur. Setakat ini kami masih belum menerima sebarang info mengenai tarikh pelancarannya namun ada yang mengatakan ia bakal dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Dikhabarkan model tersebut sudah berada pada fasa ujian percubaan pengeluaran di kilang Proton, Shah Alam. Apa yang pasti, Saga facelift akan mengalami perubahan luaran dan dalaman, selain menerima unit transmisi automatik serba baharu dari Hyundai PowerTech.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Transmisi automatik baharu tersebut bakal mengambil alih tugas CVT yang dibekalkan oleh Punch pada model ketika ini. Jika mengikut kepada trend penurunan harga yang dibuat oleh Proton pada model Persona, Iriz dan Exora 2019, besar kemungkinan Saga akan turut mengikut jejak langkah tersebut.

Apa pun, kita nantikan kejutan yang bakal dibuat oleh Proton pada model Saga facelift nanti. Kami pun tak sabar nak uji transmisi automatik baharunya. Tunggu!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply