ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 10,611 unit kenderaan pada bulan Mei – Angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan pada bulan Mei 2019 dengan jualan sebanyak 10,611 unit. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding April sekaligus mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018. Peratusan pegangan pasaran untuk bulan itu pula dianggarkan pada 17.2 peratus.

Penyumbang utama pada pertumbuhan yang kukuh itu ialah X70, yang berjaya dijual sebanyak 2,439 unit dijual pada bulan Mei. Secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Persona dan Iriz 2019 berjaya mencatat angka jualan sebanyak 940 unit, yang tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun. Dengan hampir 4,000 unit yang dijual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu ini telah mencapai sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan jualan Proton.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Model Saga juga mencatatkan kenaikan semula jualan dan telah melepasi 3,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut. Pada bulan Mei, Saga jualan sebanyak 3,610 unit pada bulan Mei 2019, meningkat sebanyak 41 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Saga bakal menerima penambahbaikan ketara dan dijangka diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, syarikat berharap dapat mengakhiri keseluruhan jualan di tempat kedua dalam bulan kedua berturut-turut apabila angka jualan industri keseluruhan dikongsi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan yakin dapat mengekalkan prestasi jualan yang mantap sepanjang tahun.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Exora 2019, yang dilengkapi ciri-ciri pintar pula telah diperkenalkan pada bulan lalu. Ia didatangkan dalam varian Executive dan Premium serta dengan harga lebih murah berbanding model sebelum ini. Untuk bulan Jun, Proton akan menumpukan usaha jualannya untuk menaikkan jumlah jualan Exora disamping terus meningkatkan jualan model-model lain.

Strategi Proton bagi separuh kedua tahun ini adalah untuk terus meningkatkan jualan dengan memperkenalkan model-model sedia ada yang telah ditambahbaik serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan membuka lebih banyak cawangan 3S/4S kerana usaha ini telah mendapat maklum balas positif dari para pelanggan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply