ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 versi Pakistan bakal dapat enjin 1.5 TGDI?

Berita Global

Views

Ingat tak lagi dalam artikel terdahulu kami pernah memberitahu model Proton X70 bakal menggunakan enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT)? Ternyata ia memang wujud kerana portal permotoran CarSpiritPK.com melaporkan, X70 versi Pakistan bakal mendapat kombinasi enjin dan transmisi tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Menurut Carspiritpk.com, pengedar rasmi kenderaan jenama Proton di Pakistan, ALHAJ Automotive kini sedang giat menguji SUV tersebut. Telah beberapa kali model X70 yang memakai celoreng penyamaran dikesan di beberapa buah bandar sekitar Pakistan. Difahamkan, ALHAJ Automotive telah mengimport beberapa unit untuk tujuan ujian dan ia dijangka bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Meskipun X70 di Malaysia dilengkapi dengan enjin 1.8 liter TGDi, namun menurut sumber yang rapat dengan Carspiritpk.com, model itu nanti bakal dijana oleh enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) yang dibangunkan secara usahasama antara Geely dan Volvo. Ia juga merupakan nadi yang sama digunakan oleh Volvo XC40, Geely Bin Yue (SX11) dan kembarnya di Malaysia, Proton X50.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Menurut portal itu lagi, X70 dengan enjin berkapasiti lebih kecil akan mendapat faedah cukai di negara tersebut, manakala transmisi 7-kelajuan DCT yang telah diperhalusi sudah pasti bakal memberi kelebihan berbanding dengan pesaingnya. Nampaknya pembeli di Malaysia terpaksa ‘menelan air liur’ buat masa ini untuk menikmati kombinasi enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) bersama transmisi 7-kelajuan DCT pada model X70.

Kami pun tidak pasti sama ada Proton akan memperkenalkan X70 dengan enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) ke pasaran atau tidak, kerana ia mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu jualan model X50 yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply