ARKIB

KATEGORI

Buletin

1,100 unit Proton Saga Anniversary Edition habis dijual dalam tempoh lima hari!

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi Proton Cars, pengeluar kereta nasional pertama negara itu mengumumkan model edisi khas Saga Anniversary Edition, habis dijual hanya dalam tempoh lima hari! Model Proton yang julung kalinya dilancarkan secara maya dalam talian itu pada 9 Julai lalu hanya dikeluarkan sebanyak 1,100 unit.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Saga Anniversary Edition yang berdasarkan varian 1.3L Premium itu menampilkan warna badan Quartz Black yang mengingatkan kita kepada Proton Knight dan ia turut dilengkapi dengan penapis kabin N95. Dari luar, ia menampilkan kemasan jalur kuning pada bahagian atas jeriji hadapan dan bampar belakang, serta cermin sisi berwarna kuning.

Di bahagian dalam, ia dihiasi dengan jalur kuning pada corong pendingin hawa dan panel tengah, serta lingkaran kuning pada panel meter. Proton turut menawarkan pilihan Pakej Aksesori Ulang Tahun yang merangkumi skirting depan dan sisi, visor pintu, pelapik penebat hud, pelapik penebat bonet belakang dan alas bonet belakang (boot tray). Kesemua aksesori ini juga boleh digunakan pada model Saga 2019.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Ia dijual pada harga RM39,300 selepas pengecualian cukai jualan, manakala pakej aksesori pula ditawarkan pada harga RM2,035. Meskipun ada ‘suara-suara nakal warganet’ yang menyakat penampilan model ini, namun ia tetap laris dijual. Mereka yang berhajat untuk memilikinya juga sudah boleh melupakan terus niat untuk mendapatkan model tersebut.

Mungkin anda boleh menunggu lagi lima tahun untuk edisi khas Saga sempena ulang tahunnya yang ke-40 pada 2025. Kami jangka pada masa itu Proton telah pun melancarkan Saga serba baharu, mana lah tahu model itu nanti lebih istimewa kan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply