ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Aquaplaning – Risiko memandu ketika hujan

Info

Views
What is aquaplaning?

Kami ingin kongsikan hantaran dari laman Facebook, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau Aid Fawzal yang telah berjaya mencipta konsep Nombor Fawzal yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hypercar terkemuka di dunia mengenai aquaplaning.

Berikut adalah catatan beliau:

Tayar adalah satu-satunya komponen yang menghubungkan kuasa enjin kereta kita kepada permukaan jalan. Memandu dalam keadaan kering biasanya tidak menjadi masalah. Tetapi apabila permukaan jalan basah, air boleh bersifat menjadi pelincir menyebabkan daya cengkaman berkurangan.

Masalah ini boleh di atasi dengan reka bentuk bebenang tayar yang hebat dan maju. Sebagai contoh, Dunlop Sport Maxx RT2 yang mempunyai penarafan (rating) cengkaman yang hampir sama diantara keadaan kering dan basah.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019

Tetapi

Apabila ketebalan air meningkat dan diharungi oleh tayar yang bergolek, fenomena aquaplaning atau hydroplanning berlaku. Inilah fenomena yang kita rasa apabila tiada langsung cengkaman tayar, kereta akan menggelonsor sendiri tanpa kawalan dan rasa seperti terapung.

Kenapa?

Secara kasar, hal ini berlaku disebabkan bebenang tayar tidak lagi dapat menyalurkan atau membuang air dan terpaksa/dipaksa berhadapan dengan lebihan air pada permukaan jalan. Ini meningkatkan tekanan air. Tekanan ini secara normal (normal force) membawa kearah daya angkat (lift force) pada tayar. Maka pemandu akan rasa hilang kawalan.

*Tambahan: Dalam bahasa mudah; tekanan air menolak tayar kita ke atas.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Menurut Glennon & Hill (2004), risiko aquaplaning ini bergantung kepada kedalaman air pegun (stationary/standing water) dan kepekaan (sensitivity) kenderaan terhadap air (rekaan bebenang tayar, kelajuan kenderaan, tekanan udara tayar, dan lain-lain).

Peringatan bersama

Saya ingin mengingatkan pembaca yang mana cengkaman tayar anda adalah suatu yang bersifat dua hala. Ia penting untuk membawa anda ke hadapan dan juga memperlahankan anda. Jadi apabila aquaplaning berlaku, ia akan hilang bukan sahaja kawalan kenderaan (ke hadapan), tetapi juga hilang keberkesanan brek (braking effectiveness).

Jadi, memandulah dengan akal dan selenggaralah kereta anda untuk elakkan kemalangan. Jangan hanya modified enjin gila-gila, tapi tayar jenis ‘corot’ selamanya.

Sumber : Aid Fawzal

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply