ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Proton X50 diuji waktu malam

Foto Intipan

Views

Kami rasa ini mungkin foto intipan sebelah malam pertama unit ujian Proton X50 dan ia telah berjaya dikesan sekitar Port Dickson malam tadi. Kelibat unit ujian X50 yang masih sarat dengan pelekat penyamaran ini ditemui oleh Farhan Che Hassan.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Besar kemungkinan ia masih lagi dalam pemanduan sebelah kiri dan menggunakan unit Geely Bin Yue (SX11) versi Sport berwarna putih. Sebelum ini, salah sebuah dari unit ujian model yang sama telah dirakam pada jarak dekat di sebuah pekan kecil.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Hingga setakat ini kami masih belum menerima perkembangan mutakhir mengenai status pembangunannya, namun desas-desus mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020. Apa yang kami tahu setakat ini, abangnya X70 versi CKD masih dalam fasa ujian pengeluaran dan dikatakan hujung bulan ini ia akan mula dipasang dengan komponen yang sebenar.

Buat masa ini, fasa percubaan hanyalah untuk menguji robotik, mesin, sistem, melatih kakitangan sedia ada dan baharu serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu. Kami juga difahamkan, model Saga facelift 2019 akan mula tiba secara berperingkat di bilik pameran pada hari Sabtu dan pelancaran rasminya akan dibuat pada 6 Ogos nanti di MITEC.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply