ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kekurangan data – Subsidi petrol bersasar ditangguh

Berita Tempatan

Views

Malaysiakini melaporkan kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim subsidi petrol bersasar kerana kekurangan data mengenai kumpulan sasaran selain data isi rumah kumpulan berpendapatan rendah (B40). Memetik laporan dari The Insight Malaysia, kekurangan data ini telah menyebabkan kerajaan tidak dapat menentukan sistem pembayaran untuk kumpulan sasaran.

Menurut sumber, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) sudah bersedia, kerajaan tidak boleh meneruskannya kerana sistem subsidi kekurangan data kumpulan M40. Laporan sebelum ini menyebut kaedah pembayaran yang dicadangkan KPDNHEP adalah pemberian tunai secara terus kepada kumpulan B40 dengan menggunakan data program Bantuan Sara Hidup (BSH).

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

Data itu kemudiannya akan disemak dengan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menentukan jumlah kenderaan dalam sesuatu isi rumah. Gabungan data itu membolehkan kementerian menentukan berapa banyak perlu dibayar kepada isi rumah yang layak, berdasarkan jumlah dan jenis kenderaan dimiliki mereka.

Subsidi petrol bersasar dicadangkan dalam Belanjawan 2020 dan hanya terpakai kepada kereta di bawah kuasa 1,500cc dan motosikal di bawah 125cc. Setiap pemilik kereta hanya layak mendapat RM30 manakala motosikal sebanyak RM12 dan terhad kepada dua buah kereta dan dua motosikal sahaja bagi setiap isi rumah.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Satu lagi sumber memberitahu, terdapat cadangan kepada kabinet supaya kumpulan M40 diberikan subsidi menggunakan sistem kad. Akan tetapi, pembekal minyak tidak bersetuju untuk memasang sistem bayaran kad tambahan di stesen.

Kata sumber berkenaan, pelaksanaan sistem kad juga sukar dilaksanakan di kawasan luar bandar kerana penduduk lebih cenderung membeli petrol dari kedai runcit atau peniaga di tepi jalan kerana ketiadaan stesen minyak. Kerajaan kini memberi subsidi harga minyak RON95 dan diesel, manakala harga RON97 diapungkan pada setiap minggu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply