Semakin kerap pula Proton menguji bakal model crossover MPV pertamanya, X90 (VX11) sejak kebelakangan ini, kan? Yang terbaharu, kelibat unit ujiannya yang masih berselindung di sebalik pelitup celoreng sempat dirakam oleh rakan pembaca, Sam Lee.
Menurutnya, X90 (VX11) ini ditemui di Lebuh raya Kesas dan berdekatan dengan Pusat Kecemerlangan Proton (COE).
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Jika anda perasan, kebetulan ada sebuah Toyota Alphard di sebelahnya, dan ukuran panjang antara kedua-duanya nampak tidaklah jauh berbeza.
Bakal pesaing kepada Toyota Fortuner, Toyota Innova Zenix, Mazda CX-8 dan KIA Sorento ini mempunyai ukuran dimensi 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,815 mm.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Kembarnya di China kini telahpun memasuki fasa facelift dan ia kini dikenali sebagai Geely Haoyue L. Ukurannya dimensinya juga turut bertambah, 25mm lebih panjang berbanding dengan Haoyue (X90) versi standard.
Menurut ejen perisik Mat Bond, mengikut perancangan asal, X90 (VX11) bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023, manakala model sedan S50 (SS11) mungkin bakal diperkenalkan pada akhir tahun,.
Namun, segalanya tertakluk kepada sebarang pindaan pada saat akhir oleh pihak pengurusan. Nantikan perkembangan seterusnya dari semasa ke semasa. Teruskan bersama dengan kami.
KLIK UNTUK BESARKAN
* Foto terkini – Kredit Mohd Faris Latiff, Syahrul Norwiraterbo dan Muhd Syaifudin
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI