ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: smart #1 Brabus mulakan ujian jalan raya di Malaysia

Foto Intip

Views

Ini kali pertama kita melihat kelibat unit ujian smart #1 turun ke jalan raya Malaysia. Lengkap dengan pelitup celoreng, smart #1 yang dikatakan versi Brabus itu berjaya dikesan oleh Muhammad Amirun Hakim, sekitar USJ.

Foto-foto intipan tersebut telah telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rakan sekutu kami, iaitu The Ajerul sejak petang tadi.

Seperti yang kita ketahui, anak syarikat milik penuh Proton iaitu Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) telah dilantik selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model pertamanya iaitu smart #1 dijangka bakal tiba ke pasaran negara ini menjelang akhir tahun 2023. Versi Brabus ini dapat dikenal pasti menerusi angkup breknya yang berwarna merah.

Ia merupakan versi berprestasi tinggi yang menjana output sebanyak 428 PS dengan 543 Nm daya kilas. Varian ini mempunyai tambahan satu unit lagi motor elektrik di gandar hadapan, dengan pacuan semua-roda (AWD).

Ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya 3.9 saat, menjadikannya model smart paling pantas. smart #1 Brabus menggunakan bateri jenis litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) 66 kWj dengan jarak pemanduan 400 km mengikut kitaran WLTP.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Versi standard smart #1 hanya dikuasakan motor elektrik tunggal yang menjana 272 PS dan 343 Nm daya kilas. Dari segi luaran, versi Brabus mengenakan warna dwirona dengan penggayaan yang lebih sporty.

Ia turut dilengkapi dengan rim Dynamo bersaiz 19-inci. Ruang kabinnya juga tampil dengan gaya sporty dengan kombinasi hitam, krom kusam dan jejalur merah di beberapa bahagian.

Baru-baru ini PRO-NET telah melantik Hap Seng Smart Sdn. Bhd. dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai pengedar sah pertama Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), smart di Malaysia.

PRO-NET dijangka bakal mengumumkan beberapa lagi pelantikan pengedar baru smart kelak sebelum pelancarkan model smart #1.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply